⊱✿CadburyKu✿⊰

Assalamualaikum and AnnyeongAlhamdulillah masih bernafas disaat iniMulakan hari anda dengan senyuman yang ikhlasTERIMA KASIH YA ALLAH

pENjAgAAn maTa SanGAT pENTinG kALau TAk Nak BUta (n_n)


ASSALAMUALAIKUM and HAIIII tayunktayunk ku,hewhew,gedik nye aku.bhahaha..korang tahu tak mia sekarang niew bosan tahap kritikal dah nie =..= ,ok!!!memang korang tak tahu pow kan =.=' ,so,mia nak bagi tahu laa nie yang mia bosan sebab fon tak berbunyi hari nie,whuaaa..rindu someone sebenarnye :')..gedik kew mia hari nie?kalau tak suka boleh angkat kaki main jauhjauh ok dear =P,,bukan selalu mia gedik ooh >.<..perasan nye aku..ehhehh,lupa den nak tanyo khabo korang sumo.lingkup loghat aku!!!..bhahaha,,harap dimaaf kan yew ^^, makwe, pakwe, makcik, pakcik, datuk, nenek dan bla bla bla sihat tak hari nie yang bertarikh 03.03.2012 hari sabtu ^^,harap sihatsihat laa ok =) ,mia tak nak melalut dah,sebab mia nak share something yang agak menarik tertarik kau memang debooommmm X),,

entry mia kali nie pasal penjagaan mata ok =D ,nampak ke tidak entry tu sayangsayang ku?bagus kalau nampak >.<,mata korang tak bermasalah lagi laa kankan :/ ,ehek ,,mia searh MR GOOGLE and copypaste jee maklumat pasal entry kali nie kat blog terburuk di dunia nie >.< ,hewhew *tutup muka dengan bear* ..ok laa,jom tengok apew yang mia copypaste ^^,


Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.
4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
5. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
6. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
7. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
8. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

# macam mana? senang jee kan nak jaga mata nie sebenar nya >.< ,tapi kalau sifat malas dah buat sarang kat diri or minda korang,memang susah laa jawap nye nak ikot penjagaan yang senang gilos nie kan =.=',hewhew..hah,mia nak share jugak untuk sesiapa yang suka menghadap lappy 24jam macam mia >.< , mia nak kaci tips penjagaan mata bagi pengguna komputer ^^, baikkan mia kaci tips kat korang..hewhew *merah muka*..=D

Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.

1. Lakukan Pemeriksaan Mata
-Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.
-Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.


2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
-Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
-Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja.
-Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.


3. Kurangkan Silau
-Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
-Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.
-Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.


4. ‘Upgrade’ Monitor
-Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
-Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.


5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
-Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.


6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
-Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.
-Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.
-Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.


7. Rehatkan Pandangan
-Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.
-Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.


8. Luangkan Masa Untuk Berehat
-Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
-Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.


9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
-Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.
-Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.


10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
-Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.
-Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
-Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

nota domo: hah,akhirnye siap jugak copypaste mia,bhahaha,,penat jugak laa,hewhew >.< ,,harap info nie berguna untuk korang ok =) ,btw mia nak ucap kan happy birthday kat maktam kesayangan mia yang dok ipoh sekarang with her family ^^, semoga panjang umur and dapat baby lagi,ahak >.< ,,ehhehh,siapesiape yang birthday dia hari nie jugak,mia nak ucap kan selamat hari tua tau,hewhew..andand,mia nak tukar lagu zizan feat kaka-bawaku pergi kepada lagu feberett mia kim jung ah-you're cute ,,hope korang enjoy ok.. TATA TITI TUTU <3 <3 <3
Terima Kasih Kerana Baca Entry Yang Tidak Seberapa Ini,Sudah Terjah Boleh Follow Pulak Kankan..

2 Click And Smile:

miss m said...

yes!!! sayangi mata..setuju....
kwn2x sume dah berkawan dgn spek..minta2x la miss m sedia spt nih...:)

Mia Cadbury said...

kankan,,jgn abaikan mata yang sgt2 penting ^^,
best laa miss m x'kwn ngan spek ag,mia dah terpkse kwn pow ngn spek,whuaa