⊱✿CadburyKu✿⊰

Assalamualaikum and AnnyeongAlhamdulillah masih bernafas disaat iniMulakan hari anda dengan senyuman yang ikhlasTERIMA KASIH YA ALLAH

pEtuA kECaNtiKAn BuAT waNitA (TraDiSiONaL)


ASSALAMUALAIKUM and HAIII simanis sikacak sekalian ^^, makwe, pakwe, makcik, pakcik, datuk, nenek dan bla bla bla sihat tak hari nie?dah makan kew belum?dah mandi or memang dah wangi sekarang nie?jawap sampai muntah biru ok >.<..hari nie mia nak post entry yang just copypaste jee tau >.<,,dasar pemalas memang macam nie..hewhew,mia xdew idea nak post apew sebenarnye >.< ,kalau mia mengarut kat sni,haishhh memang tak nak laa korang datang blog mia yang sedia buruk nie lagi kankan..perasan macam adew orang nak datang blog aku.ahak,mia suka share something yang berfaedah dengan semua orang ^^, baikkan mia..(abaikan statement gedik mia tu)=..= ,,sesiapa yang jaga kecantikan tu boleh laa baca entry mia nie,hope dapat membantu korang =D ,lagi pow barang yang digunakan senang jee nak cari X),tak payah nak pergi jauhjauh and habis kan duit beriburibu untuk cantik,yedakk? jom intai =D


Petua Merawat Jerawat Di Wajah
i)Petua Yogurt
~Anda suka yogurt? Hmmm...mia merupakan salah seorang penggemar yogurt. Yogurt ni, di samping sedap dan menyihatkan, juga boleh dijadikan sebagai remedi untuk merawat jerawat.
~Caranya adalah dengan apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati.

ii)Petua Bawang Putih
~Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.
~cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.

#Gunakan ramuan tadi HANYA pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...


Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam
i)Petua Pertama :
~Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.
~Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

# p/s :mia tak tahu apew itu air mati =.=' ,sesape tahu bagi tahu mia ok >.<

ii)Petua Kedua :
~Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.
~Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).
~Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.
~Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.
~Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

#Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.


 Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah
 ~Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.
~Bagi mia, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk =P
~Bahan-bahan :
1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :
~Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...

#Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.


Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas
~Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.

 Petua Hilangkan Parut
 ~Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
~Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...


Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)
 ~Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah


 Petua Melembabkan Kulit Wajah
~Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.

#Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.


Petua Awet Muda Untuk Wajah
~Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.
~Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.
~Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Menggebukan + Mencerahkan Kulit Badan
 ~Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.

Petua Kembali Langsing Selepas Bersalin
 1)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda
~ Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu
 
2) Minum air rebusan daun inai.
~Minum yang sedang suam/panas. Minum yang telah sejuk pun ok, tapi kurang berkesan. Saya meminum air rebusan inai ini dua kali sehari (sebelum mandi pagi dan di waktu petang).
 
4) Bertunku
~Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut

Petua Rawatan Mata
i)BULATAN HITAM BAWAH MATA
~Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

ii)MATA SEMBAB
~Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

iii)KELETIHAN MATA
~Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

Petua Melebatkan Bulu Kening
 ~Bahan-bahan
1) Beberapa tangkai daun sirih
2) Lendir daun lidah buaya

~Cara Pemakaian
Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.

 "Quick Fix" Tips
 ~Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut
i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak
ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...

~Petua 2 : Merawat Bibir Yang Hitam
-Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. 
-Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.

~Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :
i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti.
ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

~Petua 3 : Petua Kuruskan Badan 
~Amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!

credit to: MR GOOGLE

nota domo: mia copypaste and adew edit sikit dalam entry tu =) ,senang jee kan nak tampil lawa sokmo >.< ,bahan yang digunakan pow boleh ambek kat dapur or pinjam mak punye bahan memasak,bhahaha..you know what?mia suka ikot petua tradisional nie >.< ,sebab tak guna bahan kimia langsung kankan..entry nie jugak mia tak nak memeningkan kepala korang dengan gambargambar >.< ,mia malas nak search google sebenarnya,hewhew *peace*..selamat mencuma ok..TATA TITI TUTU <3 <3 <3 <3 <3 

Terima Kasih Kerana Baca Entry Yang Tidak Seberapa Ini,Sudah Terjah Boleh Follow Pulak Kankan..

18 Click And Smile:

Maya Zhang Ai Ly said...

tq 4 dat info darl....

Mia Cadbury said...

@Maya Zhang Ai Ly mostwelcome dear ^^, sharing is caring bebeh :D

gnesop said...

Patutlah muka mia comel. Hahaha

Mia Cadbury said...

@gnesop haha >.< ,comel kew ^^, bese2 jee,btw tengz yaw =)

Anonymous said...

Berapa lama nampak hasil kulit putih?

Anonymous said...

Berapa lama nampak hasil kulit putih?

Anonymous said...

Air mati tu air yg sdah msak..@ air yg telah mndidig 100%..tQ.. ^-^

Anonymous said...

Sental badan dgan hampas kelapa tu,,,,apa mksudnya??

ChoQbaDak said...

Mak aii, banyaknya petua. Nie mesti rajin buat nie kan..tp nk tnya la, yg pasal jerawat yg guna yogurt tu kan..yogurt apa pn xpa ka..hehe. Sbb yg tu plg senang. Hihi...

JommSihatDanCantik.blogspot

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Copy Paste ehh mia :3 Hahhaha, APapon the best la! Senang nak amalkan, Thankyou Mia !! :D

Jalinan Qaseh said...

info2 yang menarik...tip kecantikan yang mudah diamalkan..tq

Anonymous said...

Masker yogurt memang best, rasa kulit lebih lembut je dan ia juga menmbuatkan wajah lebih cerah.. Kalau nak tahu vitamin c juga boleh dibuat masker dan mencerahkan wajah.

inaperasan said...

thanks for sharing :)

Unknown said...

terima kasih share petua yang semakin hari ditinggalkan....
jemput singgah blog saya sembangsembangkesihatan.blogspot

ummi said...

wow.. banyaknya tips yang menarik untuk di cuba. tq admin for sharing. :)

tips cantik tanpa mekap

Berminat untuk bertukar-tukar link blog bersama saya? Jom datang ke blog saya dan tinggalkan link anda di sana. :)

Farha said...

alamak...banyaknya petuaaa.... rajin oh rajin, silalah dtg padaku

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Kecantikan.