Cinta Kura-kura adalah filem yang diterbitkan oleh 3 adik beradik yang berjaya sekarang ini iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Manakala skrip dan arahan oleh Nizam Zakaria yang juga pernah mengarahkan drama Hotel Mania.
Sinopsis filem Cinta Kura-kura:
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle ... tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian.
Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.
Barisan pelakon Cinta Kura-kura terdiri dari Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8.
Filem ini juga telah menggunakan suara Usop Wilca sebagai Atuk kura-kura, Fara Fauzana, manakala Nico menggunakan suara Zizan. =)
Domo says: ASSALAMUALAIKUM peeps ^^, mia harap korang sihatsihat jee kat sana >.< ,,hari nie mia tak banyak idea nak post entry pasal apew,hewhew..sinopsis cinta kurakura nie mia copypaste jee X) ,,boleh laa kita tengok kat pawagam ramairamai kan ^^, citer nie mesti ooohhsemm punye laa =D ..kalau KRU yang buat filem,mesti tak mengecewakan kita punye,ahakk~..ok laa korang rajinrajin laa datang blog mia ok ^^, nanti mia pijak blog korang pulak,hewhew..tata titi tutu sayangsayang ku <3 <3 <3 <3 <3 <3
0 Click And Smile:
Post a Comment