⊱✿CadburyKu✿⊰

Assalamualaikum and AnnyeongAlhamdulillah masih bernafas disaat iniMulakan hari anda dengan senyuman yang ikhlasTERIMA KASIH YA ALLAH

kebAikaN kEBuRukAN COkLat ^_^

ASSALAMUALAIKUM and HAIIIIIIII simanis dan sikacak ku :')..korang sihat kew tidak?kalau sihat mia tumpang gembira ok >.< ,kalau tak sihat jom kita makan ubat sesama nak,hewhew*gedik ohh*.chumel kan baby kat atas tu *tetibe jee*..dahdah,mia tak nak mengarut terngarut or apewapew jee laa kan =P.dah dua tiga hari jugak tak update blog yang selekeh nie :')..tak dew idea masuk kepala nie nak post entry apew kat korang >.<,lagi pow b.band mia nie alahaiii punye laa slow macam kambing nak terbang =..=..nak jee bagi makan dinding,hewhew..tapi tetap senyum walaupow dalam hati nie punye laa membara api kepanasan*cewahh*..mia malam nie nak kongsi kebaikan dan keburukan coklat ;'),siapa yang suka or tak suka coklat kena tengok jugak,bhahahaha *ugut!*..malas nak mengarut banyakbanyak kat sini,tak dew mood :')..

KEBAIKAN COKLAT……

Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?

1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

6- Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

 Keburukan Coklat...

1. Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
2. Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
3. Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
4. Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera

domo says: sharing is caring bebeh ;') ,,mia dapat info nie dari MR GOOGLE..TQ mr.google X)..selamat malam sayang >.< ..tata titi tutu <3 <3 <3 <3 <3
Terima Kasih Kerana Baca Entry Yang Tidak Seberapa Ini,Sudah Terjah Boleh Follow Pulak Kankan..

2 Click And Smile:

Mr. E'raz Fadli said...

Blogwalking.. Datang dari : http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/02/page-mr-eraz-fadli-fb-blog-untuk.html

Mia Cadbury said...

@Mr. E'raz Fadli tq bw here ^^,